FUNGSI

Majlis Daerah Nabawan merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang diberikan kuasa di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk Pekan Nabawan dan kawasan perkadarannya.Antara fungsi-fungsi Majlis Daerah Nabawan adalah seperti berikut:-

Merancang, membina dan menyelenggara kemudahan awam dan infrastruktur.

Menyelaraskan kemajuan projek-projek pembangunan.

Membuat kutipan hasil.

Menyelia perkhidmatan kebersihan dan pelupusan sisa pepejal.

Mengawasi kebersihan dan penguatkuasaan peraturan-peraturan kesihatan awam.

Pengindahan kawasan.

Menimbang dan meluluskan lesen-lesen premis perniagaan.

Menilai harta-harta dalam kawasan pentadbiran.

Bertindak sebagai perancang bagi menjamin pembangunan yang terancang keindahan kawasan tadbir, kebersihan dan kesihatan yang terkawal